9:10 PM | Posted in







Assalamualaikum wbt,

Agak berhabuk laman blog ni..berzaman ianya tak diupdate gara-gara kesibukan musim peperiksaan..

iALLAH kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan syahadah kita..

Dalam huraian hadis ke 3 daripada hadis 40 Imam Nawawi, syahadah mempunyai 7 syarat (Dr Jamal Ahmed Badi). Di antaranya yang sebutkan ialah PENGETAHUAN yang membolehkan pengucap syahadah memahami apa maksud disebalik ucapan syahadah tersebut.

Timbul difikiran saya akan hakikat muslim pada hari ini. Adakah mereka benar-benar memahami makna sebenar di sebalik syahadah mereka, atau hanya sekadar ucapan hari-harian sewaktu solat dan waktu-waktu lainnya tanpa diikuti dengan penghayatan.

Sekiranya benar memahami maksudnya, mana mungkin mereka ingkar akan suruhan Allah dalam kehidupan seharian? Mengapa boleh terjadi seperti laporan Jabatan Pendaftaran Negara, statistik pada tahun 1999-2003 menunjukkan 44% kelahiran anak luar nikah berketurunan Melayu beragama Islam.ish ish ish..sedihnya betul mendengarnya..


Sekiranya tidak faham, apakah sah ucapan syahadahnya?

Saya terus-menerus memikirkannya, pada masa yang sama memuhasabah diri yang sangat serba kekurangan ini..

Wallahua'lam.

Abu Yaslam.
Category:
��

Comments

0 responses to "Syarat Syahadah"